KELAB KOMPUTER SKSB
Tuesday, October 14, 2014
Komputer Benam
Komputer benam ialah bermaksud komputer kecil yang dimasukkan atau digabungkan dengan peralatan seharian seperti yang terdapat dalam mesin basuh automatik, kereta, jam elektronik, kamera dan banyak lagi peralatan. Komputer benam ini menjadikan sesuatu alatan itu dapat berfungsi secara automatik.
Komputer Riba
Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer peribadiuntuk penggunaan secara bimbit.komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) adalah integrasi komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan kekunci,peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan monokrome CRT dan selepas itu dibangunkan menjadi komputer riba yang moden. Sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar dan kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah baik, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.
Selamat Datang
Selamat datang ke blog Komputer SK Sungai Batu.
Subscribe to:
Comments (Atom)


